KKHS | SPL30203 PEMANDUAN PELANCONGAN

Kursus ini memebri pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang tatacara pelaksanaan komentar pemanduan pelancongan di samping mengetahui tentang etika, peranan dan ciri-ciri sebagai seorang Pemandu Pelancong. selain itu, kursus ini mengaplikasikan teknik-teknik melakukan komentar dengan berkesan dari segi produk dan jenis pelancongan. Pelajar akan melakukan komentar lawatan dengan melaksanakan simulasi sebagai Pemandu Pelancong sebenar mengikut kriteria Pemanduan Pelancong Bandar, Alam Semula jadi dan setempat. 

Kursus Pembangunan Profesional ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang personal grooming, protokol, etiket,  persediaan alam pekerjaan dan asas pengurusan sumber manusia sebelum memasuki alam pekerjaan kelak.

KKHS | SPL20242 PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Kursus Pembangunan Profesional ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang personal grooming, protokol, etiket, persediaan alam pekerjaan dan asas pengurusan sumber manusia sebelum memasuki alam pekerjaan kelak.

KKHS | SPL10023 PERTOLONGAN CEMAS

Kursus ini mendedahkan pelajar berkaitan kemahiran asas dalam pertolongan cemas dalam industri pengembaraan pelancongan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan teknik memberi tindak balas bantu mula terhadap situasi kecemasan yang berlaku kepada mangsa dengan menggunakan kaedah yang betul. Kemahiran ini amat diperlukan oleh pelajar sewaktu menjalani sebarang aktiviti amali. Tenaga pengajar yang diiktiraf akan terlibat secara langsung di dalam pengendalian dan perlaksanaan latihan amali tersebut.

KKHS | SPL10162 PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas sektor pelancongan dan hospitaliti termasuk kepentingan pelancongan kepada host dan komuniti. Pelajar juga akan didedahkan kepada prospek kerjaya, akademik dan keusahawanan yang wujud di dalam indusri pelancongan.

KKHS | SPL30213 PENGANGKUTAN PELANCONGAN

Pengangkutan pelancongan memberi pengetahuan tentang perkembangan dan peranan pengangkutan yang terdapat di Malaysia. Kursus ini juga membantu pelajar untuk membezakan kepelbagaian mod pengangkutan dan sumbangannya serta membincangkan isu-isu semasa serta cabaran yang berkaitan.

KKHS | SPL10033 INTERPRETASI PELANCONGAN

Kursus ini menyentuh asas konsep interpretasi dalam industri pelancongan. Kursus ini mengaplikasikan teknik interpretasi yang berkesan dan mengikut trend semasa. Para pelajar akan merancang, menyediakan bahan dalam bentuk digital dan bahan bercetak serta melaksanakan pameran dan pembentangan berkaitan interpretasi pelancongan.

KKHS | SPL20253 OPERASI AGENSI PELANCONGAN

Kursus ini memberi gambaran pengoperasian bagi sebuah agensi pelancongan. Pelajar didedahkan dengan syarat penubuhan agensi, dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan semasa lawatan dan penyediaan pakej lawatan kepada pelancong. Pelajar diberikan gambaran Sebenar mengenai proses pengendalian lawatan dan cara berurusan dengan sumber-sumber yang terlibat.