SFP10013 POLA ASAS PAKAIAN

Kursus Pola Asas Pakaian ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada

pelajar berkenaan dengan penggunaan alat dan bahan, penghasilan pola asas

serta membuat pengubahsuaian pola. Pelajar juga mempelajari cara mengambil

ukuran badan, mendraf pola asas pakaian dan kaedah pengubahsuaian pola

mengikut ukuran dan stail yang dikehendaki. Pendedahan diberikan kepada

pelajar mengenai cara mengacu pakaian pada dummy dan badan manusia.

SFP10023 PEMBUATAN SAMPEL

Kursus Pembuatan Sampel ini adalah pengenalan kepada proses pembuatan

pakaian. Pelajar perlu mengenali dan mempraktikkan pengendalian mesin jahit

dengan kaedah yang betul untuk menghasilkan pelbagai jenis sampel jahitan

dalam asas pembuatan pakaian.

SFP10033 SULAMAN

Kursus Sulaman ini mendedahkan kepada pelajar tentang penghasilan sulaman kreatif

dengan menggunakan peralatan-peralatan yang betul dan teknik menjahit sulaman

yang sesuai. Pelajar dapat mempelajari teknik-teknik asas sulaman manik dan labuci

di samping menghasilkan produk sulaman mengikut kreativiti pelajar

SMP10013 ASAS LUKISAN

Kursus ini ditawarkan bagi memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran

berkaitan asas melukis dan mewarna yang merupakan asas kepada kemahiran

merekabentuk. Kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan melalui penghasilan

idea dan rekabentuk.