SOP20173 - FOOD AND BEVERAGE SERVICE
SOP20173 - HOUSEKEEPING OPERATION

Housekeeping Operation merangkumi semua aspek bagi operasi Jabatan Pengemasan termasuk struktur Jabatan Pengemasan, pengurusan inventori dan peralatan, bekalan bagi Jabatan Pengemasan, guestroom dan pembersihan Public Area. Kursus ini juga memfokuskan keseluruhan operasi yang mengikut Standard Operating Procedures (SOP’s). Pelajar juga didedahkan dengan pelaksanaan bagi amalan pengurangan kesan persekitaran.

SOP20163 - COMMUNICATION IN HOTEL OPERATIONS

Communication in Hotel Operations ini mendedahkan pelajar tentang komunikasi asas yang berlaku dalam operasi harian di Food and Beverage Department, Front Office Department, Housekeeping Department dan Recreation Department. Kursus ini menyediakan pelajar tentang kemahiran komunikasi semasa menjalankan prosedur perkhidmatan bagi setiap jabatan yang terlibat melalui komunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga akan didedahkan tentang teknik komunikasi yang perlu dilakukan jika berlakunya service failure serta meningkatkan kemahiran interpersonal dalam menjalankan tugas.