SFP 30113 - PAKAIAN KONTEMPORARI WANITA

Kursus Pakaian Kontemporari Wanita ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penghasilan pakaian kontemporari wanita mengikut peredaran masa kini. Rekaannya adalah lebih ringkas dengan gabungan ciri dan stail terkini. Pelajar akan diberi penekanan dalam penyediaan pola, memotong fabrik dan mencantum bahagianbahagian dengan prosedur dan teknik yang betul. Untuk kursus ini para pelajar akan menghasilkan pakaian kontemporari wanita Baju Kurung Moden beserta Kain Potongan Duyung dan Gaun Semi-Formal

SFP30123 - PAKAIAN LELAKI

Kursus Pakaian Lelaki ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya Baju Melayu Cekak Musang dan kemeja lelaki. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki mengikut proses kerja yang betul. Pengekosan perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.