SFP20143 ILUSTRASI FESYEN DIGITAL

Ilustrasi Fesyen Digital memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses dan teknik

melukis ilustrasi dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools) di dalam perisian

digital. Pelajar mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran digital dengan

mengeksplorasi idea dan teknik untuk menghasilkan hasil kerja mengikut kreativiti dan

gaya tersendiri pelajar.

SFP20073 KAJIAN FABRIK

Kajian Fabrik memperkenalkan klasifikasi fabrik mengikut jenis gentian iaitu gentian

asli dan gentian buatan yang sering digunakan dalam pembuatan pakaian. Pelajar akan

didedahkan dengan pengetahuan tentang ciri, jenis dan sumber gentian berkenaan

sesuatu fabrik. Kursus ini juga memberi pengetahuan mengenai pembinaan fabrik.

SFP20063 SENIREKA FESYEN 1

Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan

kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam

senireka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif

rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan

hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.

SFP20053 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Kursus Pembuatan Pakaian Wanita ini mendedahkan kepada pelajar tentang asas teori

dan amali mengenai pembuatan pakaian wanita iaitu skirt dan blaus. Pada peringkat

permulaan kursus ini, pelajar mengenalpasti definisi dan ciri-ciri skirt dan blaus. Selain

daripada itu pelajar perlu menghasilkan pakaian mengikut proses-proses pengeluaran

pakaian bermula dari membuat lukisan kerja, penyediaan pola, memotong fabrik

sehingga ke proses mencantum bahagian-bahagian pakaian dengan prosedur dan teknik

yang betul.

SFP20043 PAKAIAN TRADISIONAL WANITA

Kursus Pakaian Tradisional Wanita ini memperkenalkan tentang proses pembuatan

pakaian tradisional wanita. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki

mengenalpasti sejarah Pakaian Tradisional Wanita. Pelajar juga perlu mendraf pola,

memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan

menjahit Pakaian Tradisional Wanita mengikut langkah kerja yang betul. Laporan

yang lengkap dengan proses penghasilan Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak

Mengalun serta Baju Kebaya Tradisional dan Kain Lipat Batik beserta lembaran kos

perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.