SFP20053 - PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Kursus Pembuatan Pakaian Wanita ini mendedahkan kepada pelajar tentang asas teori dan amali mengenai pembuatan pakaian wanita iaitu skirt dan blaus. Pada peringkat permulaan kursus ini, pelajar mengenalpasti definisi dan ciri-ciri skirt dan blaus. Selain daripada itu pelajar perlu menghasilkan pakaian mengikut proses-proses pengeluaran pakaian bermula dari membuat lukisan kerja, penyediaan pola, memotong fabrik sehingga ke proses mencantum bahagian-bahagian pakaian dengan prosedur dan teknik yang betul.

SFP20143 - ILUSTRASI FESYEN DIGITAL

Ilustrasi Fesyen Digital memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses dan teknik melukis ilustrasi dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools) di dalam perisian digital. Pelajar mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran digital dengan mengeksplorasi idea dan teknik untuk menghasilkan hasil kerja mengikut kreativiti dan gaya tersendiri pelajar.

SFP20063 - SENIREKA FESYEN 1

SENIREKA FESYEN 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam seni reka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.

SFP20043 - PAKAIAN TRADISIONAL WANITA