SFP30132 KOSTUM DAN BUDAYA

Kostum dan Budaya adalah merupakan kursus yang mendedahkan pelajar kepada

sejarah dan perkembangan berkaitan kostum dan budaya di seluruh negara di dunia.

Pelajar juga dapat mempelajari teknik-teknik pembuatan dan penghasilan kostum

budaya salah sebuah negara di Benua Asia.

SFP30123 PAKAIAN LELAKI

Kursus Pakaian Lelaki ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan

pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan

tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya sepasang Baju Melayu Cekak

Musang dan Kemeja Lelaki. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang

sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki

mengikut proses kerja yang betul. Pengekosan perlu dibuat oleh pelajar setelah

pakaian siap dijahit.

SFP30113 PAKAIAN KONTEMPORARI WANITA

Kursus Pakaian Kontemporari Wanita ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang

penghasilan pakaian kontemporari wanita mengikut peredaran masa kini. Rekaannya

adalah lebih ringkas dengan gabungan ciri dan stail terkini. Pelajar akan diberi

penekanan dalam penyediaan pola, memotong fabrik dan mencantum bahagian-

bahagian dengan prosedur dan teknik yang betul. Untuk kursus ini para pelajar akan

menghasilkan pakaian kontemporari wanita Baju Kurung Moden beserta Kain

Potongan Duyung dan Gaun Semi-Formal

SFP30103 BUSANA WARISAN

Busana Warisan ini memperkenalkan kepada pelajar tentang pengetahuan dan

kemahiran secara teori dan amali mengenai pakaian tradisional Baju Kurung Riau

Pahang dan Kain Belah Selisih serta Kebaya Kota Bharu dan Kain Wiron. Pada

peringkat awal kursus ini, pelajar perlu mengenal pasti sejarah dan ciri-ciri busana

warisan tersebut. Seterusnya, pelajar perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai,

membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit busana warisan tersebut

mengikut langkah kerja yang betul. Portfolio yang lengkap berkaitan proses

penghasilan kedua-dua busana warisan dan pengekosan pakaian yang telah siap dijahit

juga perlu disediakan oleh pelajar.

SFP30094 SENIREKA FESYEN 2

Senireka Fesyen 2 ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan akhir sekurang-

kurangnya satu (1) helai. Hasil rekaan ini menggambarkan idea reka bentuk

berdasarkan sumber inspirasi dan kajian terhadap tren terkini yang dilakukan pada

semester sebelumnya di dalam kursus Senireka Fesyen 1. Pelajar perlu membuat pola

dan menjahit pakaian rekaan akhir dengan menerapkan pengetahuan dan kreativiti

mereka. Laporan perlu dibuat untuk merekodkan semua proses penghasilan rekaan

merangkumi item kajian dan perkembangan idea yang disampaikan melalui

penghasilan portfolio yang dibuat secara kreatif.