KKHS | SPL 30363	PENGANGKUTAN PELANCONGAN

Kursus Pengangkutan Pelancongan memberikan pengetahuan tentang perkembangan dan peranan pengangkutan dalam industri pelancongan di Malaysia. Selain itu, kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kefahaman tentang perkembangan sistem pengangkutan dan sumbangannya kepada industri pelancongan. Pelajar juga akan didedahkan kepada tarif dan tambang perkhidmatan pengangkutan, pemasaran pengangkutan pelancongan, dan isu-isu semasa serta trend masa hadapan dalam pengangkutan pelancongan.