ASAS LAKARAN DALAM REKABENTUK DALAMAN

Kursus ASAS LAKARAN DALAM REKABENTUK DALAMAN memperkenalkan pelajar kepada asas lakaran, elemen dan prinsip seni dalam reka bentuk. Ia merangkumi teknik lakaran menggunakan pelbagai media, teknik rendering, serta penerapan warna. Pelajar turut didedahkan kepada teknik lakaran perspektif satu dan dua titik lenyap untuk memperkukuh pemahaman visual ruang. Di akhir kursus, pelajar akan memilih hasil lakaran terbaik untuk dijadikan portfolio, sebagai medium komunikasi reka bentuk yang efektif dan profesional.