S22425 KKKLCS | MPU13022 PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

HPK1 : menghuraikan konsep moral, nilai, etika dan integriti dalam konteks kehidupan.( A1 , CLS 3d ) 

HPK2 : membincangkan kepelbagaian kaum dan budaya serta isu-isu moral masyarakat di Malaysia.( A2 , CLS 5 ) 

HPK3 : membentangkan inisiatif yang signifikan dalam mendepani isu-isu moral masyarakat Malaysia ( A2 , CLS 4 )

  • Enrolled students: 6
KKKCSG | MPU10012 APLIKASI KOMPUTER
S22425 KKKL | MPU12012 KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.

  • Enrolled students: 52
S22425 KKKLCSG | MPU11012 PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA memperkenalkan kepada pelajar tentang sejarah negara, sistem politik, pembinaan negara bangsa dan kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul.

S22425 KKKLCSG | MPU12022 BAHASA KEBANGSAAN A

BAHASA KEBANGSAAN A menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar, serta meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.

  • Enrolled students: 6
KKKL | MPU21042 ETIKA DAN PERADABAN

Penghayatan Etika dan Peradaban ini menjelaskan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenalpasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HEIPS) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini.

KKKL | SUE10031 COMMUNICATIVE ENGLISH