Kursus Restaurant Operation direka bentuk bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang operasi restoran yang merangkumi beberapa jenis perkhidmatan hidangan makanan. Melalui kursus ini, pelajar berpeluang untuk melaksanakan jenis-jenis servis yang ditawarkan di restoran seperti dome service, bufet dan fine dining service. Di akhir kursus ini, pelajar dapat mengendalikan operasi sebuah restoran dengan baik serta menguasai teknik jualan dan pemasaran untuk mempromosikan hidangan di restoran.
- Teacher: NORASMAWATI BINTI MOHD NOOR MOHD NOOR
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
- Teacher: NUR HUSNA BINTI ZAINAL Ms.
- Enrolled students: 26
Basic Food and Beverage Skills ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas seorang pramusaji di dalam hotel atau restoran. Melalui kursus ini juga, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan asas perkhidmatan makanan dan minuman dan kemahiran asas prosedur penyajian. Selain itu, pelajar juga akan dilatih cara mengendalikan pelanggan dengan mempraktikkan komunikasi yang efektif.
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus yang memberi pendedahan asas tentang elemen komunikasi, halangan dan jenis komunikasi berkesan dan tidak berkesan. Kursus ini dibangunkan bagi membantu pelajar mengaplikasikan teori dan konsep komunikasi secara efektif dalam kehidupan mereka dan juga sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Food and Beverage Service memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pramusaji dalam industri makanan dan minuman. Selain itu, pelajar berpeluang memperoleh pengetahuan mendalam serta kemahiran praktikal yang diperlukan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang cemerlang di hotel, restoran atau kafe. Kursus ini melatih pelajar untuk mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam penyampaian perkhidmatan makanan dan minuman seperti mise en place, prosedur pengendalian tetamu, langkah-langkah serta teknik hidangan mengikut kehendak industri.
- Teacher: NOOR AZURAH BINTI ABD JALIL ABD JALIL
- Teacher: NORASMAWATI BINTI MOHD NOOR MOHD NOOR
- Enrolled students: 33
Kursus Fundamentals of Hospitality Industry mendedahkan pelajar kepada asas, kepentingan dan ciri-ciri industri hospitaliti. Pelajar mempelajari mengenai sektor penginapan, sektor makanan dan minuman serta sektor rekreasi. Kursus ini menerangkan perbezaan antara industri hospitaliti dan pelancongan. Selain daripada itu, pelajar juga diperkenalkan kepada prospek kerjaya serta peluang dan cabaran di dalam bidang industri hospitaliti. Kursus ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka sektor hospitaliti secara umumnya melalui kaedah pembelajaran yang interaktif.
- Teacher: MOHD HYRUL .
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.





