Busana Warisan ini memperkenalkan kepada pelajar tentang pengetahuan dan
kemahiran secara teori dan amali mengenai pakaian tradisional Baju Kurung Riau
Pahang dan Kain Belah Selisih serta Kebaya Kota Bharu dan Kain Wiron. Pada
peringkat awal kursus ini, pelajar perlu mengenal pasti sejarah dan ciri-ciri busana
warisan tersebut. Seterusnya, pelajar perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai,
membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit busana warisan tersebut
mengikut langkah kerja yang betul. Portfolio yang lengkap berkaitan proses
penghasilan kedua-dua busana warisan dan pengekosan pakaian yang telah siap dijahit
juga perlu disediakan oleh pelajar.
- Teacher: NUR ATIQAH ARIFF
- Enrolled students: 2
Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam senireka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.
- Teacher: SITI FATIMAH BINTI DZULKIFLI Fatimadzulkifli
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus ini ditawarkan bagi memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran berkaitan asas melukis dan mewarna yang merupakan asas kepada kemahiran merekabentuk. Kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan melalui penghasilan idea dan rekabentuk.
- Teacher: SITI FATIMAH BINTI DZULKIFLI Fatimadzulkifli
- Enrolled students: 1

