ASAS APLIKASI KOMPUTER

Kursus Asas Aplikasi Komputer ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Kursus ini memberi pengenalan kepada sistem komputer, perkakasan dan perisian komputer, penggunaan perisian aplikasi dan internet mengikut aliran teknologi semasa.

MPU01012 - PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam memberi pengetahuan tentang konsep asas akidah dan menerangkan  kaedah yang tepat dalam pelaksanaan ibadah disamping membincangkan isu- isu berkaitan akhlak untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian seorang muslim.