SUE20041 WORKPLACE ENGLISH

WORKPLACE ENGLISH is aimed at developing and improving students’ English language competence and confidence to communicate and conduct social transactions in workplace contexts as well as perform familiar job procedures effectively. Additionally, it is expected that students will improve their linguistic and nonlinguistic competencies. Finally, it is hoped that students will be able to function as an independent user of the English language at between the Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) A1 and A2 levels.

SBC10022 - APLIKASI KOMPUTER

Aplikasi Komputer memberi pendedahan tentang pengetahuan aplikasi komputer dan mempraktikkan penggunaan perisian aplikasi komputer asas yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan dokumentasi dan tugasan harian. Pelajar akan diajar kaedah yang betul untuk menggunakan perisian yang tertentu bagi membina asas dalam penggunaan perisian aplikasi komputer. Pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran perisian atas talian dalam melaksanakan dokumentasi harian.

MPU13042 - PENDIDIKAN ISLAM

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan kursus ini berasaskan kepada konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.