Kursus Geografi Pelancongan menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas tentang geografi dunia yang berkaitan dengan industri pelancongan. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan seperti komponen utama dalam geografi berkenaan benua, lautan, jenis musim, latitud dan longitud, zon masa dunia dan sumber tarikan pelancongan. Seterusnya, kursus ini membolehkan pelajar menerokai destinasi pelancongan utama di dunia. Kaedah pengajaran adalah berbentuk teori. Di akhir kursus, pelajar dapat memahami kepentingan geografi dalam industri pelancongan.
- Teacher: MALIAH BINTI ROHAIZAT Maliah
- Enrolled students: 22
