Kursus Pelancongan Rekreasi ini mendedahkan kepada pelajar berkaitan aktiviti rekreasi darat dan air. Melalui kursus ini, pelajar
akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti kraf perkhemahan, pengendalian tali tinggi, berenang, snorkeling, dan
berkayak mengikut prosedur keselamatan yang betul. Pelajar diterapkan dengan konsep konservasi dalam pelaksanaan aktiviti
pelancongan rekreasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kursus ini adalah kerja amali, demonstrasi dan
simulasi. Pelajar juga mempelajari kemahiran kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Di akhir kursus ini, pelajar akan dinilai
mengikut pelaksanaan aktiviti yang dijalankan mengikut prosedur keselamatan yang betul.
- Teacher: NUR ZAHIRAH BINTI AHMAD RAZEI Madam
- Teacher: MASLINA BINTI ABD RAHIM mas
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
